بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik & berjenama kerana pakaian terakhir kita hanyalah kain kapan.
jangan terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita adalah van jenazah.
janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur kita yang empuk & nyaman sebab tempat tidur kita yang terakhir hanya liang lahad.
jangan pula ego & bongkak kerana memiliki rumah mewah bak istana kerana rumah terakhir kita hanya bertiang dua.
jangan terlalu megah dengan pangkat & darjat kerana apabila kita sudah tiada nanti, kita akan mendapat gelaran almarhum.
hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian.....hati yang ingat mati akan sentiasa hidup.


No comments:
Post a Comment